Korang tahu tak perbezaan penggunaan perkataan
ACCEPT dan EXCEPT
. Kedua-dua perkataan ini agak mengelirukan. Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza dari segi ejaan. ACCEPT dimulakan dengan huruf ‘AC’ manakala EXCEPT pula dimulakan dengan huruf ‘EX’.
ACCEPT ialah kata kerja yang bermaksud setuju untuk melakukan sesuatu. (menerima)
Contohnya: "I always ACCEPT good advice."
Saya selalu menerima nasihat yang baik.
except pula ialah kata sendi atau kata penghubung yang bermaksud kecuali.
Contohnya: "I teach every day EXCEPT Sunday(s)."
Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.
So pastikan korang gunakan perkataan yang betul k!
0 comments:
Post a Comment