Apr 1, 2010

ADVICE vs ADVISE

Apa beza plak
ADVICE dan ADVISE.
Bunyinye sama jek.Cuma ejaan jek yg membezakan

ADVICE ialah kata nama yang bermaksud nasihat.
Contohnya: "I need someone to give me some ADVICE."
Saya perlukan seseorang untuk memberikan saya sedikit nasihat.

ADVISE pula ialah kata kerja bagi perkataan ADVICE, yang bermaksud menasihati.
For example: "I ADVISE everybody to be nice to their teacher."
Saya menasihati setiap orang supaya berbuat baik dengan guru mereka.

Gud luck!!

ACCEPT vs EXCEPT

Korang tahu tak perbezaan penggunaan perkataan
ACCEPT dan EXCEPT
. Kedua-dua perkataan ini agak mengelirukan. Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza dari segi ejaan. ACCEPT dimulakan dengan huruf ‘AC’ manakala EXCEPT pula dimulakan dengan huruf ‘EX’.

ACCEPT ialah kata kerja yang bermaksud setuju untuk melakukan sesuatu. (menerima)

Contohnya: "I always ACCEPT good advice."
Saya selalu menerima nasihat yang baik.

except pula ialah kata sendi atau kata penghubung yang bermaksud kecuali.

Contohnya: "I teach every day EXCEPT Sunday(s)."
Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.

So pastikan korang gunakan perkataan yang betul k!